fbpx

Bercinta Dengan Fazura, Sam Enggan Komen Lanjut

Pendedahan melalui program realiti televisyen, Facing Up To Fazura yang mengatakan Shaheizy Sam merupakan bekas kekasih Nur Fazura mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat mereka dan mahu mengetahui lebih lanjut tentang kisah cinta mereka.

Nama Shaheizy Sam kembali menjadi sebutan ekoran perkara ini dan bercakap kepada Kosmo! hari ini, beliau tidak menafikan atau mengiyakan perkara itu dan berkata memang sifat beliau untuk terus berahsia dalam perkara sebegini.

BACA: Nur Fazura Dedah Pernah Bercinta Sekejap Dengan Shaheizy Sam

“Saya rasa tidak berminat untuk menjawab tentang perkara ini. Entahlah, saya tidak tahu ingin beri reaksi yang bagaimana kerana saya sendiri pun tidak pasti dengan isu ini”

“Apa yang boleh saya katakan, memang saya seorang yang enggan kongsi kisah peribadi dengan semua orang kerana saya seorang yang perahsia. Saya bebas berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi selagi hubungan itu tidak sampai ke tahap serius iaitu tahap memang itulah wanita yang akan saya nikahi, selagi itu saya tidak kongsi bersama peminat atau sesiapa,” ujarnya.

Shaheizy Sam menambah yang beliau tidak mempunyai masalah untuk terus bergandingan dalam mana mana projek bersama Fazura selepas ini kerana mereka memang berkawan rapat. (rtky/m)