fbpx

Belum Rezeki Mengandung, Nad Zainal Sedia Jadi Ibu

Nampaknya pelakon Nad Zainal memang sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Melalui BH Online, Nad sendiri menyatakan bahawa dia menyangkakan bahawa dirinya sudah hamil namun ia merupakan kesan sampingan apabila pening pening ambil produk kecantikan.

BACA: Nad Zainal Sah Bergelar Isteri Kepada Muhammad Faliq

“Sebagai isteri, pasti saya teruja jika hamil. Lucunya, suami saya, apabila mendapat tahu punca sebenar saya pening akibat kesan detox produk kecantikan yang diamalkan, dia sempat menyakat”

“Selepas berkahwin, saya sudah bersedia menjadi ibu. Cuma belum rezeki lagi untuk saya mengandung. Cuma Faliq pernah cakap, kalau boleh nak hidup berdua dulu dalam tempoh setahun. Tapi, kalau ada rezeki hamil awal, saya terima saja,” jelasnya kepada BH Online.

Sementara itu, Nad juga mengakui bahawa dia tidak bimbang sekiranya berat badan naik mendadak jika ditakdirkan hamil. Apa pun, semoga apa yhang dimpikan oleh pasangan ini akan tercapai satu hari nanti. (rtky/s)