fbpx

Bella Dally Terkilan Tiada Kerja Kerana Bertudung

Pelakon Bella Dally mengakui bahawa dia merasa terkilan kerana ada pihak yang tidak mahu menerimanya bekerja gara-gara dia sudah berhijab. Menurut pelakon yang berasal dari Sabah ini, dia tidak menerima sebarang tawaran hampir setengah tahun.

BACA: Bella Dally Wajah Baru Ariani, Perkenal Barisan Produk Baru

Rasa kesal itu dinyatakan Bella atau nama penuhnya, Nabilah Ali Dally menerusi temu bualnya bersama majalah Harmoni, baru-baru ini melalui isu bumper Ramadan dan juga Aidilfitri.

“Memang saya lebih memilih watak dan banyak karakter macam tak sesuailah, so saya kena reject. Truthfully, agak susah sikit tapi I’m being positive and optimistic about it,” jelas Bella mengenai perkara yang sama melalui temubual bersama Astro Awani sebelum ini.

Pastinya kesabaran Bella dalam mengharungi perkara ini satu hari nanti akan terbalas jua. Malah penghirahan ke arah positif merupakan perkara yang baik dan pastinya ganjaran menanti di hadapan dan peminat juga pastinya tidak akan berhenti mendoakan artis kesayangan mereka. (rtky/s)