fbpx

Bella Dally Enggan Komen Isu Rumah Tangga

Kontroversi rumah tangga pasangan Nazim Othman dan Bella Dally tempoh hari agak mengejutkan orang ramai, apalagi pasangan ini baru sahaja mendirikan berkahwin dan sepatutnya masih di fasa bulan madu. Namun apabila ditanya mengenai dakwaan itu, Bella enggan memberikan sebarang komen lanjut berhubung status rumah tangganya.

BACA: Nazim Othman Tepis Dakwaan Rumah Tangga Goyah

“Maaf, saya tidak sihat. Saya tidak ada sebarang komen mengenai isu tersebut,” katanya ringkas kepada Kosmo Online yang enggan memberikan komen lanjut mengenai kontroversi pergolakkan rumah tangga beliau yang dikatakan sedang bermasalah.

Sah menjadi suami isteri pada tahun lalu, rumah tangga Nazim dan Bella mula dikatakan bermasalah apabila Bella dilihat mula memadam gambar bersama di akaun Instagramnya termasuk gambar perkahwinan. Malah kelihatan juga Nazim menghadiri perkahwinan Jep Sepahtu dan Sari Yanti semalam berseorangan tanpa kehadiran isteri di sisi.

Terdahulu, kontroversi rumah tangga pasangan ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan peminat yang dapat menghidu pergolakan pasangan ini. Dengan itu, Nazim tampil menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan bahawa hubungan mereka suami isteri dalam keadaan yang baik. Apapun setiap ada masalah ada jalan penyelesaiannya. (rtky/w)