fbpx

Bazir RM1,000 Sebulan, Hattan Berhenti Merokok

Tidak mahu terus hidup di dalam pembaziran sehingga mencecah RM1,000 sebulan hanya untuk merokok, penyanyi Hattan mengambil keputusan untuk berhenti menghisap rokok namun apa yang dilakukannya itu bukanlah sesuatu yang mudah. Menerusi perkongsiannya bersama BH Online, dia sudah berhenti merokok selama 5 bulan.

BACA: Datuk Hattan Tidak Mahu Pelajar Nyanyi Lagu Indonesia

“Bayangkan, saban hari anggaran RM34 dibelanjakan untuk membeli dua kotak rokok. Fikirlah, sebulan dah berapa? Hati saya terus nekad dan terfikir, kalau saya tak buat sekarang, saya tidak akan berhenti merokok. Alhamdulillah, sudah lima bulan saya tidak merokok”

“Orang kata berhenti perlahan-lahan, tetapi saya mahu berhenti terus. Lalu badan saya menjadi begitu lemah. “Jujurnya, bukan mudah kerana mental perlu kuat. Saya meminta kepada Allah supaya hasrat tidak mahu merokok dipermudahkan”

“Saya juga menggunakan cara untuk sedut (asap rokok) sekali untuk melepaskan gian,” katanya berkongsi petua meninggalkan tabiat merokok,” kongsinya yang turut merasa sedikit lemah pada bulan pertama berhenti merokok.

Tambah Hattan, kini dia menyimpan sejumlah wang sama yang sepatutnya dibelanjakan untuk membeli rokok dan akan diberikan kepada anak tunggalnya bagi membeli barangan yang diingini. Tahniah Hattan di atas usaha anda berhenti merokok. (rtky/s)