fbpx

Bakal Bernikah, Bekas Suami Doa Kebahagiaan Raja Farah

Bekas suami Raja Farah, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria menyatakan bahawa bekas isterinya itu layak untuk mendapat kebahagian serta memilih jalan yang dirasakan terbaik buatnya selain mendoakan kebahagiaannya yang bakal berkahwin buat kali kedua pada Ahad ini.

BACA: Raja Farah Minta Maaf Rahsiakan Identiti Bakal Suami

“Saya mendoakan yang terbaik untuk bekas isteri saya, semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat Allah dan berbahagia hingga hujung nyawa. Kami masing-masing layak untuk mendapat kebahagian dan pilih jalan kami sendiri,” jelasnya kepada mStar Online.

Bagiamanapun, Megat enggan mengulas lanjut sama ada di akan majlis yang akan diadakan nanti selain tidak mahu masyarakat mempersendakan isu berkaitan kegagalan rumah tangga mereka sebelum ini.

“Saya tidak mahu ulas lebih sehingga membuka peluang orang mencemar maruah saya. Cukuplah dengan doa dan harapan pada dia,” katanya sambil menjelaskan ketika ini dia masih lagi belum mempunyai pengganti dan selesa menghabiskan masa bersama keluarga dan teman-teman. (rtky/s)