fbpx

Bekas Suami Atilia, Ariff Johan Meninggal Dunia Akibat Kanser

Lambat kami kongsikan berita ini. Pada 7 Ogos yang lalu, Atilia menerusi akaun Instagram beliau kongsikan berita sedih yang bekas suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil telah pergi menemui Ilahi.

Ariff Johan di’laporkan meninggal dunia akibat penyakit kanser pada pagi 7 Ogos itu dan sudah pun selamat di’kebumikan selepas di’solatkan di Masjid Bukit Damansara.

Atilia dan Ariff Johan pernah mendirikan rumahtangga pada 18 Disember 1998 namun bercerai selepas 10 tahun bersama.

Ibu Atilia dan juga penyanyi Salamiah Hassan berkata walaupun Ariff Johan merupakan bekas menantunya, pemergian lelaki itu masih sesuatu yang menyedihkan buat seluruh keluarga.

“Waktu saya melawat dia di hospital sebelum kematian dia, dia masih ingat saya lagi. Sedih sekali, dia pergi pada usia yang muda & saya pasti ibunya adalah orang yang paling sedih sekali di atas kematiannya itu”

Takziah di’ucapkan buat keluarga Ariff Johan Abdul Jalil atas pemergian beliau.