fbpx

Bekas Pengacara Bakal Tinggalkan Suami VIP Untuk Kahwin Kerabat?

Melopong juga kami tidak percaya apabila membaca diskusi akan gossip ini yang sedang hangat di’beberapa buah forum hiburan tempatan. Terlalu panas rasanya.

Bekas pengacara ini sudah mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun bersama seorang VIP yang usianya hampir 2 kali ganda & kini khabarnya sudah failkan penceraian.

Si isteri menuntut  untuk bercerai kerana mendakwa suami’nya yang mempunyai pengaruh besar itu sudah pun beberapa kali curang sepanjang tempoh perkahwinan mereka selama ini.

Dek kerana tidak tahan hidup dalam tekanan, bekas pengacara TV ini nekad untuk tinggalkan suami’nya bersama anak anak yang masih kecil untuk kehidupan lebih baik.

Di’sini kisah mula menjadi lebih menarik. Wanita ini yang masih muda & kelihatan cantik ini khabarnya sudah pun di’intai oleh seseorang bergelar kerabat dari negara seberang.

Negara sebelah mana kami sendiri tidak berani untuk menyebut memandangkan pengaruhnya yang bukan calang calang tetapi mereka berdua kini hanya menunggu masa untuk berkahwin.

Kadang kadang kami terfikir juga, adakah benar bercerai kerana si suami kaki perempuan atau bekas pengacara TV ini tidak puas hidup dalam kemewahan yang sedia ada dan mahukan lebih dari sekadar gaya hidup seorang VIP. Hmm. Nota: Foto sekadar gambar hiasan