fbpx

Bekas Kekasih Hanez Suraya Sah Bercerai Talak Satu

Kisah cinta pasangan Hanez Suraya dan lelaki bernama Romie ini mendapat perhatian meluas dari pihak media dan peminat dunia hiburan sepanjang tahun 2014 dan kisah mereka berakhir awal November lalu apabila mengakui hubungan sudah pun terputus.

BACA: Hanez Suraya Akui Tidak Lagi Bersama Romie, Buka Lembaran Baru

Namun kemelut rumahtangga Romie yang dikatakan berpunca dari Hanez Suraya tersimpul hari ini apabila Romie Razin Adilha Abd Jais dengan isterinya, Nur Liyana Manan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, sebentar tadi.

Liyana Manan Enggan Minta Maaf, Hanez Suraya Tak Cadang Ambil Tindakan Lanjut - ROTIKAYA

Lafaz cerai dilakukan Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai oleh Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

BACA: Dakwa Kenyataan Fitnah, Hanez Suraya Tuntut Isteri Romie Mohon Maaf

Mahkamah juga merekodkan perjanjian diantara Nur Liyana selaku plaintif & Romie (defendan) iaitu defendan perlu membayar nafkah edah sebanyak RM5,000 selama tiga bulan dan akan dibayar pada akhir tempoh edah, selain itu plaintif tidak akan menuntut mutaah dari Romie. (rtky/m)