fbpx

Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 3 Hari

Melalui laporan Harian Metro, Mahkamah Rayuan Syariah memerintahkan bekas isteri pengacara Jimmy Shanley, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, menjalani hukuman penjara tiga hari mulai hari ini di Penjara Wanita Kajang.

BACA: Jimmy Shanley Tidak Berniat Sorok Anak

Sebelum itu, mahkamah sama mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 28 Januari 2015 terhadap Nursuhaila Eliani yang mengingkari perintah berhubung lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.

Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr Ibrahim Lembut mengurangkan jumlah penjara daripada tujuh ke tiga hari.

Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital berkenaan dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah sudah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri selain hukuman penjara itu juga tidak melanggar peruntukan undang-undang syariah Selangor. (rtky/s)