fbpx

Beego & Linda Hashim Kongsi Gambar Pra Perkahwinan

Tinggal kurang sebulan lagi sebelum pasangan Beego dan Linda Hashim mendirikan rumahtangga yang mereka idamkan, dan sebagai peringatan ini merupakan gambar pra perkahwinan mereka.

Melalui Facebook jurugambar rasmi, Ryaniez Moments Photography hari ini berkongsikan lapan keping gambar yang mengabadikan saat saat mereka sebelum bergelar suami isteri.

Beego dalam satu kenyataan kepada media baru baru ini berkata yang beliau sudah bersedia untuk menempuh alam perkahwinan buat kali kedua bersama Linda Hashim & berharap ianya kekal hingga ke akhir hayat.

“Tiada apa yang saya harapkan selain ia kekal dan sebagai lelaki saya mahu menjadi lebih bertanggungjawab dan menjaga keharmonian rumah tangga,” ujar Beego kepada mStar Online bulan lalu.

Beego & Linda Hashim bakal bernikah pada 6 Jun 2013 dan majlis resepsi perkahwinan mereka akan berlangsung dua hari kemudian di KL.