fbpx

Bau Terbaik Di Dunia Adalah Bau Badan Lelaki Yang Anda Sayang

Jika anda bertanya kenapa dengan tiba-tiba tajuk entri kami hari ini lain macam, ini semua adalah kerana kami akan pukalkan update tentang hubungan artis menjadi satu.

Untuk pengetahuan, kata-kata di’atas adalah petikan kata-kata selebriti terkenal Hollywood — Jeniffer Aniston. Boleh kita bermula?

Jika anda hanya mengharapkan blog kami sebagai sumber gossip & berita hiburan, makan tajuk-tajuk di’bawah adalah sangat relevan. Lain, sila skip & tunggu berita baru, esok.

1) Raja Farah yang baru-baru ini kelihatan agak kurang hot ketika menghadiri Festival Filem Malaysia di’khabarkan sudah bertunang secara senyap-senyap & bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Raja Farah & tunang’nya merancang untuk mengikat tali pernikahan November ini selepas majlis merisik Oktober lalu bertukar menjadi majlis pertunangan. Mereka bercinta sejak 14 Februari tahun ini. Aww!

2) Ayu Raudhah & tunangan’nya juga tidak mahu ketinggalan bot dengan mengumumkan yang mereka bakal berkahwin 20 Januari tahun hadapan. Pasangan Ayu Raudhah & Zaquan Adha ini juga sudah bertunang pertengahan Oktober lalu. Mana boleh kalah!

3) Aleeza Kassim sudah bercerai.

Dan, gambar di’atas tiada kena mengena dengan mana-mana point kami dalam entri ini. Cuma mahu buktikan kenyataan dalam tajuk entri ini.