fbpx

Balik Kampung Hari Raya Ini Dengan AirAsia, Tambang Serendah RM39. Whoaa!

Baru baru ini saranan dari seseorang yang berpengaruh mengatakan kita semua tidak perlu balik kampung musim perayaan ini dek kerana harga barangan dan petrol yang semakin mahal. Jangan pedulikan beliau kerana dengan AirAsia, anda boleh beraya di kampung serendah RM39.

Kami tidak bergurau, bersempena dengan musim perayaan dan cuti panjang kali ini AirAsia tampil dengan promosi hebat untuk membolehkan anda pulang beraya bersama ibu bapa dan keluarga tercinta tanpa perlu pening kepala memikirkan harga petrol mahu pun kesesakan jalan raya.

RM39_1

Dan kalau anda ke laman rasmi AirAsia hari ini, senarai yang diberikan turut meletakkan harga tambang pulang ke Kota Bahru serendah RM19, Alor Setar & Johor Bahru serendah RM29 dan jika anda mahu bercuti penerbangan ke Pulau Langkawi hanya serendah RM29 juga.

Screen Shot 2015-07-06 at 10.42.23 AM

Bercakap pasal cuti, apa gunanya cuti raya yang panjang jika tidak dimanfaatkan dengan melihat tempat orang kan? AirAsia turut menawarkan penerbangan murah ke destinasi luar negara seperti Krabi pada harga hanya RM89 sehala atau Bangkok untuk RM119 sahaja.

RM89_1 copy

Banyak lagi destinasi tempatan dan sekitar Asia untuk anda pilih dalam promosi tambang gila murah ini. Kami pun sudah berkira kira untuk ambil cuti beberapa hari untuk tenangkan fikiran dari kesibukan kerja yang tidak pernah sudah. Jom!

Promosi ini akan berakhir pada 12 Julai 2015 ini dan pastikan anda cepat menempah destinasi pilihan anda kerana pastinya ia akan laku laju seperti goreng pisang panas. Layari laman rasmi AirAsia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami, destinasi mana jadi pilihan?