fbpx

Buat pertama kali sejak isu konon’nya Shila Amzah melarikan diri dari rumah, penyanyi ini muncul di’khalayak ramai ketika Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional.

Namun hajat para wartawan yang hadir untuk menemubual Shila Amzah atas dasar tugas telah di’halang oleh bapa beliau ND Lala.

Shila Amzah bersetuju untuk di’temubual selepas selesai membuat persembahan tetapi penyanyi yang dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan selain di’halang berbuat demikian oleh ND Lala.

“Kamu hendak tanya apa? Macam inilah, saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.

“Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak,” ujar ND Lala.