fbpx

Baju Kahwin Memey Suhaiza & Norman Hakim Bakal Ke Muzium Negara?

Gosok mata jugalah kami apabila membaca perkhabaran yang tertulis di media arus perdana ini.

Seorang penulis sebuah ruangan gaya hidup di KOSMO! menyampaikan berita yang menambah satu mata lagi untuk majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza.

Selepas mengejutkan ramai pihak dengan pengumuman majlis kahwin bernilai RM12 juta, nampaknya ‘keanehan’ majlis perkahwinan ini semakin menjadi jadi.

Memey Suhaiza akan mengenakan gaun rekaan pereka terkenal dunia, Vera Wang pada resepsi ala New York di Hotel Crowne Plaza Mutiara, KL.

Dan selepas majlis resepsi selesai, khabarnya gaun, sut dan kasut bertatahkan mutiara Rafflesia bakal di’pamerkan di Muzium Negara untuk tatapan generasi akan datang. What the fuck.

Masih ingat seluruh Malaysia histeria apabila Siti Nurhaliza melangsungkan majlis perkahwinan dengan Datuk K? Ya, baju perkahwinan mereka tidak di’pamerkan di’mana mana sehingga hari ini. Kita bercakap tentang penyanyi nombor satu negara.

Dan, siapa dia Memey Suhaiza & Norman Hakim untuk layak mendapat tempat walapun di’kaki lima Muzium Negara? Jika perkara ini benar benar terjadi, Muzium Negara hanya merendahkan status diri mereka.