fbpx

Baim Wong Mengaku Bercinta Dengan Elfira Loy, Lapor Media Indonesia

Sekitar Jun 2013 yang lalu, menerusi program TV MeleTOP pasangan ini tampil seakan sepasang kekasih mesra di kaca televisyen selain aksi Baim Wong sendiri yang secara spontan dan berseloroh mengatakan sedang bercinta dengan Elfira Loy.

BACA: Muncul Bersama, Baim Wong Mengaku Bercinta Dengan Elfira Loy?

Ketika itu Baim Wong hadir ke Malaysia untuk mempromosikan telemovie lakonan beliau bersama Elfira Loy berjudul Untuk Terakhir Kali dan nampaknya lebih setahun berlalu, ada khabar yang mengatakan pasangan ini memang sedang hangat bercinta.

UPDATE-1: Bercakap kepada Berita Harian, Elfira Loy menafikan yang mereka bercinta tetapi tidak menolak jika dijodohkan dan kini memang rapat atas dasar kawan.

Media Indonesia hari ini melaporkan yang Baim Wong & Elfira Loy hadir ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta hujung minggu lalu namun media di sana tidak sempat merakam gambar pasangan ini bersama.

Wartawan tabloid NOVA bertemu Baim Wong di tempat letak kereta valet dan sempat bertanyakan tentang gadis yang dibawa bersama ke majlis perkahwinan itu.

“Ada (pacar), dia orang Malaysia. Sudah kenal lama kok, empat tahun yang lalu. Namanya Elfira Loy. Dia di atas, lagi makan. Aku ke bawah cuma mau ketemuan sama orang kok, untuk kasih barang,” ujar Baim Wong seperti dilaporkan media Indonesia.

Hari ini juga, Elfira Loy mengirimkan sekeping gambar beliau bersama Elfira Loy yang berjalan di sekitar Jakarta sempena perlantikan Presiden Indonesia yang baru, Joko Widodo. Pandai Elfira Loy mahupun Baim Wong sorokkan hubungan mereka selama ini. (rtky/m)