fbpx

“Bahagia Jadi Isteri Sampai Rasa Tak Mahu Kerja”

Pelakon jelita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Anzalna Nasir memberitahu dia kini lebih bahagia selepas bergelar seorang isteri.

“Seronok sangat sampai tak nak masuk kerja, berbulan madu pun tak habis lagi dan rasa tak sanggup berjauhan. Alam perkahwinan sangat bahagia dan indah rupanya,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Raya Cosry.

BACA: Gambar Sekitar Anzalna Nasir & Keluarga Tunai Umrah Bersama

Tambahnya lagi, dia juga bertuah kerana suaminya, Hanif Zaki tidak cerewet.

“Alhamdulillah Hanif tidak cerewet dalam soal pemakanan dia seorang yang senang,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Anzalna menjelaskan dia masih lagi aktif dalam bidang seni kerana akan memasuki set penggambaran selepas raya. Dalam perkembangan lain dia juga sibuk menguruskan bisnesnya sendiri. (rtky/h)