fbpx

Azwan Kombos Akui Hantar Rombongan Risik Ezzaty Abdullah

Pasangan ini agak lama senyap dari radar media hiburan walaupun pernah mencetuskan kontroversi gara gara bergaduh sehingga putus cinta hampir setahun yang lalu. Nampaknya jodoh mereka berdua masih kuat ditakdirkan.

Azwan Kombos dalam temubual bersama mStar Online memberitahu yang beliau sudah menghantar rombongan merisik kekasihnya, Ezzaty Abdullah di Bentong, Pahang baru baru ini sebagai tanda serius dalam perhubungan mereka.

BACA: Cinta Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos Berantakan Kerana Orang Ketiga? (ext.)

“Semalam (Isnin) saya bersama keluarga dari Sabah bertandang ke rumah Ezzaty untuk merisik dan Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Bagaimana pun kami hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum upacara akad nikah nanti,” ujar Azwan Kombos.

Menurut beliau lagi, mereka berdua tidak bertunang sekarang kerana akur dengan permintaan Ezzaty Abdullah sendiri yang tidak mahu bertunang lama kerana pengalaman pahit yang dialami pada hubungan terdahulu.

“Saya berikan sebentuk cincin sebagai tanda merisik dan beberapa manisan. Majlis berjalan mengikut adat seperti ada berbalas pantun, Keluarga kami juga bersetuju untuk menetapkan tarikh perkahwinan Insya-Allah sekitar bulan Disember nanti,” tambahnya.

Tahniah buat Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah atas berita baik ini! (rtky/m)