fbpx

Azwan Ali Tak Pernah Simpan Dendam Dengan Sesiapa

Apabila kita menyebut nama Azwan Ali sudah tentu peminat hiburan tanah air akan mengingati telatah-telatahnya yang mencuit hati apabila mengacarakan sesebuah program mahupun lakonan yang dilakonkannya.

Tetapi apabila disebutkan juga mengenai isu kontroversi yang ditimbulkan olehnya sudah tentu pelbagai pihak ingin mengetahui kisahnya itu. Terbaru melalui Twitternya, dia dikatakan menghina peniaga bazar Ramadan, dan sudah tentu pelbagai kecaman yang dikenakan kepadanya.

Tetapi orang yang bernama Azwan Ali tidak hairan kerana baginya apa yang dilakukan itu wajar.

“Juadah itu saya menggunakan perkataan most pergi translate jadinya kebanyakan. Ada ke saya kata semua bazar? Yang nak mengamuk dekat saya tu kenapa? Siap hantar dekat PM semua tu, dan ada yang suruh polis tangkap saya, apa salah saya?” ujarnya sambil berseloroh.

Apa yang membuatkan Azwan Ali bengang pada hari itu dan mengeluarkan kata-kata sebegitu ialah disebabkan murtabak yang dibelinya diletakkan bawang yang sudah basi ke dalam acuan murtabak itu.

“Saya beli murtabak yang basi itulah yang membuatkan saya tweet sebegitu,” ujarnya ringkas.

Tambahnya lagi, dia berikrar dan bersumpah tak akan berkunjung kembali ke bazar Ramadan itu. Walaubagaimanapun, dia akan ke bazar-bazar lain untuk berkunjung walaupun pelbagai amaran dan kecaman yang akan dilakukan oleh peniaga-peniaga tersebut kepadanya. Malah dia akan memeriahkan bazar di Melaka pada hujung minggu ini.

“Jangan ingat saya maki bazar A saya maki seluruh bazar. Walaupun saya diugut kononnya apabila berjumpa dengan Azwan Ali di bazar akan dicincang, dibelasah ramai-ramai saya tidak takut, jumpalah saya di bazar Ramadan TV9 Sabtu ini. Tuhan menjaga saya,” katanya sinis.

Insiden DI Twitter Dengan Adibah, Sedia Meminta Maaf

Sementara itu, ada juga isunya bersama Adibah Noor baru-baru ini apabila kedua-dua mereka saling berlawan tweet dan akhirnya hari ini Azwan Ali mengakui kesilapannya. Dia juga tidak ada masalah untuk bersalaman dan bergandingan.

“Saya tidak ada masalah untuk bersalaman dan berjumpa dengannya dan baru-baru ini program MeleTOP ingin menemukan saya dan dia tidak mahu dan katanya dia sibuk di set lokasi penggambaran,” katanya.

Dia turut tidak menafikan bahawa dia agak lancang dan terbuka di sosial media turut mengambil pengajaran bahawa masyarakat tempatan tidak boleh ditegur secara direct atau terbuka.

“Saya sudah minta maaf sebelum ini dan saya tahu bahawa bahasa saya sungguh kesat, dan pada hari bertuah ini bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa Astro saya telah meminta maaf takkanlah saya nak ulang lagi dan sekiranya masih berdendam saya tak boleh nak buat apa dan saya akui ia lancang tetapi saya pertahankan bahawa kenyataan-kenyataan saya itu benar belaka dan mempunyai fakta,” ujarnya yang juga bakal mengerjakan ibadah umrah untuk kali ketujuh pada 21 Julai sehingga 3 Ogos depan. (rtky/hfz)

Gambar Ihsan: Malaysian Digest