fbpx

Azwan Ali Enggan Ulas Kisah Abang Dilantik Jadi Menteri Besar Selangor

Sepanjang pengetahuan ramai pengamal media dan para peminat juga, hubungan Azwan Ali dan abang kandungnya Azmin Ali masih keruh dan belum reda sejak beberapa tahun yang lalu. Terbaru kisah pelantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor menarik perhatian ramai.

Azmin Ali yang merupakan abang kandung kepada pengacara dan selebriti popular, Azwan Hj. Ali pagi ini selamat mengangkat sumpah menjawat jawatan Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri, Istana Alam Shah di Klang.

Awan Ali bagaimana pun menerusi beberapa status terbaru di Twitter dan Instagram meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan dirinya dengan kisah perlantikan ini & beliau yang dihubungi media juga enggan mengulas lanjut.

Screen Shot 2014-09-23 at 1.10.54 PM

Sekitar Disember 2011 yang lalu, Azwan Ali melalui akaun Twitter beliau ada juga memberikan gambaran yang abangnya bakal bergelar Menteri Besar Selangor. Pandai Azwan Ali meramal masa hadapan, hampir tiga tahun cepat. Heh.

7vBos

Apa pun tahniah jugalah kami ucapkan kepada Azwan Ali di atas perlantikan abangnya sebagai teraju kerajaan negeri Selangor. Sedikit sebanyak mesti bangga punyai ahli keluarga yang berjaya mendapat kepercayaan untuk memimpin negeri terkaya di Malaysia ‘kan? (rtky/m)