fbpx

Azwan Ali Akui Rasa Bersalah Terhadap Julie Dahlan

Terkenang kembali kenangan bersama Julie Dahlan satu ketika dahulu, Azwan Ali mengakui dia merasa bersalah terhadap Julie Dahlan sewaktu pengkebumian jenazah pada pagi Jumaat namun sedia maklum bahawa Allahyarham telah memaafkannya.

BACA: Azwan Ali Enggan Ulas Kisah Abang Dilantik Jadi Menteri Besar Selangor

“Saya berasa sangat sebak kerana dalam program CitCat dulu, banyak soalan laser saya tanyakan kepada arwah dan rasa sangat berdosa, tetapi saya tahu dia maafkan saya. Arwah pernah beritahu yang dia tidak kisah dengan soalan tersebut tetapi disebabkan soalan itu, jawapan yang diberikan olehnya menaikkan rating program,” katanya kepada mStar Online.

Selain menyifatkan bahawa pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar, Azwan dalam masa yang sama turut mengkagumi arwah sebagai penerbit. Malah arwah juga merupakan penerbit pertama yang mengambil Azwan berlakon.

“Saya amat terasa kehilangan arwah dan tetap mengkagumi beliau berbanding penerbit filem lain kerana kebanyakan penerbit tidak nampak bakat saya. Arwah merupakan penerbit pertama yang memberi tawaran kepada saya untuk berlakon dalam filem Harry Boy dan membawa saya hingga ke Pulau Tioman,” katanya. (rtky/s)