fbpx

Azrel Ismail Yakin Ruhainies Tidak Curang

Pelakon, Azrel Ismail yang juga teman lelaki kepada Ruhainies percaya bahawa kekasih hatinya tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu walaupun selepas rakaman video menunjukkan mereka keluar berduaan sambil berpegangan tangan dan berkelakuan mesra mula tersebar sejak beberapa minggu lalu.

BACA: Ruhainies Nafikan Bercinta Dengan Suami Adira

“Saya sangat terkejut dengan berita dan video yang telah tersebar hari ini. Saya yakin Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu dan mereka bertemu atas urusan kerja kerana sebelum ini mereka ada projek bersama.Saya kenal Ruhainies orang macam mana dan jika dia ingin keluar selalunya dia akan ditemani ahli keluarga atau pembantu peribadinya sahaja”

“Kami menjadi rapat sejak berlakon bersama dalam drama Menantu Tintong. Dia wanita yang baik dan manja dan boleh dikatakan paling istimewa daripada wanita lain yang pernah saya jumpa. Cuma kalau ditanya tentang perancangan peringkat seterusnya, kami masih belum ada apa-apa lagi ikatan yang boleh disahkan,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Tambah Azrel lagi, Ruhainies ada memaklumkan kepadanya untuk keluar pada hari khamis lalu bersama pembantu peribadinya, tetapi tidak dimaklumkan pula apakah tujuan beliau keluar pada hari itu. Malah katanya lagi, dalam keadaan sekarang beliau sememangnya tidak dapat menemani kekasihnya itu untuk ke mana-mana buat masa ini berikutan jadual kerja yang sangat padat.

Sebelum ini, sebuah rakaman video menunjukan Dato Red merangkul erat pinggang Ruhainies ketika berjalan di sebuah pusat membeli belah telah tersebar kepada umum. Namun ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Ruhainies menafikan sekerasnya dakwaan mengatakan beliau mempunyai hubungan istimewa bersama suami Adira itu dan menganggap dirinya diperangkap. (rkty/w)