fbpx

Ayu Raudhah: Gugur Bukan Satu Balasan Tuhan, Rita Rudaini Melampau

Ayu Raudhah: Gugur Bukan Satu Balasan Tuhan, Rita Rudaini MelampauAkibat tulisan Rita Rudaini di Twitter beberapa hari lepas, ramai yang beranggapan Ayu Raudhah telah keguguran sekali lagi sedangkan ia’nya terjadi hujung tahun lalu.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Ayu Raudhah berkata yang beliau tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini kerana risau ia’nya akan meleret dan berpanjangan.

Mengulas kemungkinan beliau yang memulakan ‘pergaduhan’ ini, Ayu Raudhah berkata tidak faham kenapa Rita Rudaini ada mengatakan yang beliau mula menabur fitnah terlebih dahulu.

“Dia cakap saya yang sebarkan fitnah mengenai dirinya. Saya tidak tahu fitnah apa yang dimaksudkannya. Sebelum ini saya rasa tidak pernah ada masalah dengannya,” ujar beliau.

Dalam kenyataan lain kepada mStar Online, Ayu Raudhah yang kini hamil tiga bulan berkata yang tindakan Rita Rudaini itu sebagai sesuatu yang melampau & amat kasar.

“Saya tak faham kenapa dia (Rita Rudaini) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya,” tambah Ayu Raudhah yeng teruja dengan kandungan kali ini.