fbpx

Ayda Jebat: Saya Bukan Perampas Kekasih Orang Lain

Ayda Jebat sebelum ini pernah dikatakan artis gedik dan berpunca daripada lakonannya bersama pelakon Zul Ariffin yang serasi dan mesra bersama, perkara tersebut telah menimbulkan cakap-cakap yang mengatakan dia dan juga pelakon sasa itu menjalin hubungan istimewa.

BACA: Adegan Peluk Ayda Jebat, Zul Ariffin Dikritik Peminat

“Saya masih solo. Belum terikat dengan mana-mana lelaki. Saya percaya gosip dengan Zul Ariffin hanya usikan yang menjadi resam dunia lakonan apabila gandingan pelakon itu dilihat menjadi. Saya tahu status dirinya sudah berpunya”

“Jadi tak timbul soal saya nak ‘caras’ buah hati orang lain. Semua yang dilakukan atas pakai kerja. Apa yang saya lakukan bukanlah sengaja menyakiti hati sesiapa. Semuanya sekadar mempromosikan kerjasama terbaharu kami menerusi drama rantaian MAID,” jelas Ayda kepada BH Plus.

Jika dilihatkan di ruangan komen di Instagram, memang ramai yang mengharapkan pasangan ini bersatu, namun realitinya Zul sudah berpunya. Bahaya juga jika jiwa penonton sudah dibuai drama secara ekstrem begini. Semoga Ayda terus cemerlang dan jumpa pilihan hatinya suatu hari nanti. (rtky/s)