fbpx

Ayda Jebat Pelik Masih Tidak Laku Jadi Teman Wanita

Mengakui tidak pernah bercinta, Ayda Jebat menjelaskan dia kini sudah bersedia untuk mempunyai kekasih dan menjalin hubungan cinta. Malah, sehingga kini, masih belum ada mana-mana lelaki yang sudi menjadikannya sebagai kekasih hati mereka.

BACA: Ayda Jebat: Saya Bukan Perampas Kekasih Orang Lain

“Terus-terang sejak sekolah hingga kini saya tidak pernah ada boyfriend. Tapi masa sekolah dulu ada jugalah saya minat kat lelaki secara senyap-senyap, tapi saya tak pernah cuba untuk meluahkannya. Apa yang boleh saya katakan, saya memang tak pernah bercinta lagi”

“Tak tahu mengapa. Saya pun hairan dan tertanya-tanya, kenapa perkara ini terjadi. Mungkin mereka takut nak dekati saya yang berperangai gila-gila agaknya. Saya sebenarnya sudah lama bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta”

“Jika ada yang sesuai, saya tidak kisah untuk bercinta sekarang ini,” jelas Ayda yang sebelum ini sering dikaitkan dengan Zul Ariffin kepada portal Murai.

Sebelum ini, ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa Ayda adalah perampas kekasih orang namun pelakon ini menafikan perkara tersebut. Nampaknya peluang buat jejaka di luar sana terbuka luas untuk memenangi hati Ayda Jebat. Eh. (rtky/s)