fbpx

Ayda Jebat Hargai Tiap Komen Negatif Peminat

Tidak pernah lekang dengan kisah kritikan peminat dan juga haters, nampaknya pelakon Ayda Jebat sangat menghargai mereka malah di atas sikpanya itu juga, ada haters yang kini sudah menjadi peminatnya pula.

BACA: Kerana Drama, Peminat Suruh Ayda Jebat Bertudung

“Adat menjadi seorang selebriti, ada yang suka, ada juga yang sebaliknya. Bagi saya sendiri, saya amat menghargai mereka yang bergelar haters. Kadang-kadang ada betulnya apa yang diperkatakan oleh mereka”

“Jadi saya sendiri akan cuba untuk muhasabahkan diri serta menjadi orang yang lebih baik lagi selepas ini. Saya membaca semua komen yang ditinggalkan di Instagram dan Twitter. Saya juga membalas segala komen negatif yang diberikan dengan baik,” jelas Ayda kepada portal Murai.

Malah pelakon ini juga yang memang terkenal dengan sifat peramahnya bersama peminat juga mengakui dia tidak mampu untuk memuaskan semua pihak namun mencuba sedaya upaya membalas komen yang terdapat di laman sosialnya.

“Sejujurnya, saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. Ada juga di kalangan mereka yang dahulunya memberikan komen buruk serta tidak suka dengan saya, tetapi akhirnya mereka pula menjadi peminat saya apabila saya melayan mereka dengan baik,” katanya. (rtky/s)