fbpx

Ayda Jebat Tidak Mahu Isu Baju Kahwin Berpanjangan

Pelantun Siapa Diriku Ayda Jebat menegaskan dia tidak mahu untuk mengulas lanjut mengenai isu ulang pakai baju perkahwinan Lana Nodin dan tidak mengambil pusing dengan kekecohan yang berlaku di laman sosial.

BACA: Lana Nodin Terkilan Ayda Jebat Guna Baju Kahwinnya

“Sebelum itu saya ada bertanyakan pereka fesyen mengenai baju itu yang diberikan kepada saya dan mereka mengatakan ianya sesuai untuk saya pakai serta menggayakannya. Saya tahu baju itu ialah baju kahwin kak Lana tetapi baju itu ialah baju yang paling sesuai untuk saya pakai menghadiri majlis tersebut”

“Saya sangat menghargai pemberian daripada sesiapa sahaja yang sebelum ini pernah menaja saya. Rasanya tak salah kalau saya pakai, sekiranya pereka itu membenarkan saya memakainya,” jelasnya yang tidak mahu isu ini berlarutan.

Sebelum ini, Lana Nodin menyatakan rasa terkilannya apabila Ayda telah menggunakan baju tersebut yang disifatkannya sangat istimewa lebih-lebih lagi persalinan berkenaan merupakan pakaiannya ketika meraikan hari bahagia. (rtky/h)