fbpx

Awie Terima Hak Penjagaan Sementara Anak

Dalam perkembangan terbaru kes dakwaan Awie sengaja mencederakan isterinya, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini telah memberikan hak penjagaan sementara kepada Awie ke atas ketiga tiga anak beliau hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut peguam syarie yang mewakili Awie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memaklumkan perkara itu selepas prosiding di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz.

BACA: Kawan Baik Dedah Perkara Sebenar, Dakwa Rozana Misbun Berbohong

Mohd Zaidi turut memberitahu Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

Awie hadir bersama dua rakannya manakala Rozana tidak hadir ketika prosiding dijalankan.

Pada 4 Julai lalu, Awie mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana Misbun di Ukay Perdana, Hulu Kelang 2 Jun lalu. (rtky/m)