fbpx

Awie: Perempuan Gila Mana Yang Mahukan Saya Yang Ada 5 Orang Anak

Kisah kontroversi pelakon, penyanyi dan juga pengacara Awie yang masih tidak berkesudahan ini semakin hangat diperkatakan oleh media massa tempatan. Tetapi apa yang boleh disampaikan di sini bahawa Awie tidak menafikan bahawa dia masih memerlukan seseorang yang bergelar wanita untuk menjadi teman hidup sehingga akhir hayatnya.

Cuma apa yang dikhuatirinya adakah masih ada lagi mana mana wanita yang mahukannya yang kini mempunyai lima orang anak ini?

“Pengganti? Saya ada 5 Anak sekarang ini, Perempuan gila mana yang nakkan saya? Mungkin ada, tapi boleh tak dia sayangkan anak-anak saya yang 5 orang ni. Dengan 5 orang anak ini adakah mereka sanggup sayang anak saya. Nak jaga anak saya yang 5 orang Itu bukan senang. Mampukah mereka menjaganya?“ soalnya pula.

BACA: Awie Bertemu Mokhtar Dahari Dalam Mimpi, Bantu Hayati Watak

“Sudah tentu saya perlukan perempuan dalam hidup saya. Tapi dalam masa yang sama saya bagi peluang berfikir kepada perempuan itu untuk mengenali dan apabila mencintai saya bermakna mencintai anak-anak saya,“ katanya yang ditemui semasa tayangan Dollah Superstar kelmarin.

Awie juga tidak menafikan bahawa suatu saat nanti dia sememangnya memerlukan seorang wanita untuk bersama dengannya melayari kehidupan yang akan datang.

“Sudah tentu, saya tak boleh tipu diri sendiri, saya perlu tempat mengadu dan berkasih sayang, kalau tidak ada benda itu jiwa saya akan jadi kosong. Kemana nak hala perasaan kita sekiranya ada masalah dan wanitalah satu-satu tempatnya untuk meluahkan perasaan dan takkanlah saya nak pergi jumpa pengurus saya. Saya perlukan seorang wanita yang betul-betul wanita,“ katanya.

Awie turut menjelaskan bahawa anak-anak adalah nyawanya dan akan terus bekerja keras demi anak-anak yang tercinta. Dia juga memberitahu bahawa sekiranya dia pentingkan diri, dia tidak akan bertanggungjawab terhadap mereka dan dengan rela hati akan memberikan kesemua anaknya itu kepada isterinya.

“Kalau saya nak buat macam itu, anak saya semua akan bagi kepada dia, tak payah nak fikir apa, senang mudah untuk saya buat apa sahaja. Suka hati saya nak balik pukul berapa dan di mana saya nak tinggal. Tak payah jaga anak-anak, Bulan-bulan bagi RM2,000”

“Saya InsyaAllah nyawa ada pada mereka (anak-anak). Terus-terang saya cakap, saya tak boleh dan saya selalu mohon doa supaya tak dipisahkan daripada anak-anak. Saya kalau boleh nak lihat dia membesar, dan biar dia lari depan saya sampailah dia kahwin,“ katanya.

Walaubagaimanapun, anak-anaknya yang masih kecil itu masih tidak lagi mengerti akan apa yang dihadapi olehnya dan hanya menangis apabila melihat kedua-dua mereka (Awie dan Rozana) dalam siaran televisyen yang membuat liputan kes mereka.

“Mereka masih kecil lagi untuk tahu. Pada saya mereka tak pernah tanya apa, dia nampak keluar kat TV dia menangis dan takut,“ tambah Awie lagi. (rtky/hfz)