fbpx

Awie Nafikan Bertumbuk Di Langkawi

Macam dejavu bukan? Ya — kerana sekitar hujung tahun 2011 yang lalu kisah pergaduhan Awie di Pulau Langkawi mencuri perhatian ramai peminat & juga media.

Ketika itu, Awie mengakui yang ada wujud salah faham namun tidaklah bertumbuk seteruk yang di'sampaikan oleh mereka yang tidak tahu kisah sebenar yang berlaku.

Kosmo! melap

orkan yang ada kisah terbaru mengatakan Awie sekali lagi terlibat dengan pergaduhan di Pulau Langkawi dan selebriti ini lantas menafikan tuduhan itu.

“Saya sekarang ini tidak ke mana mana kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan”

“Saya kurang pasti kenapa orang masih kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, ada orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster”

Namun jelas Awie, ada kemungkinan perkara sebegini timbul kerana tindakan beliau membuka sebuah kelab hiburan di Ipoh & sejak itu orang mula memfitnah juga menipu beliau.

“Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur ada orang masih ingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero,” tambah Awie lagi.

zp8497586rq