fbpx

Awie Mahu Rozana Bertaubat, Pengajaran Buat Isteri

Diuji dengan kemelut rumah tangganya ketika ini, Awie mengakui tindakan yang diambil terhadap isterinya, Rozana Misbun adalah semata-mata untuk memperjuangkan hak anak-anak.

BACA: Awie Ingin Derma Semua Organ, Anggap Satu Amal Jariah

“Apa jua hak anak-anak, saya minta dia kembalikan semula di mana sebelum ini saya pernah mengamanahkan sejumlah wang kepadanya untuk menguruskan kebajikan anak-anak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada saya”

“Anak-anak adalah segala-galanya buat diri saya dan kebajikan untuk mereka memang saya utamakan,” tegas Awie.

Selain itu, penyanyi rock ini juga dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa sejak daripada awal perbalahan, dia tidak pernah membangkitkan soal penceraian terhadap rumah tangganya itu.

“Sebenarnya bukan niat saya untuk bercerai tapi untuk memberi pengajaran kepadanya seterusnya bertaubat”

“Salah ke sebagai seorang suami saya mahu beri pengajaran kepada isteri saya yang tidak amanah itu? Tapi saya tidak mahu terlalu memikirkan soal ini kerana apa yang penting sekarang adalah anak-anak,” ujarnya lagi.

Pada 14 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur telah membatalkan hak penjagaan sementara tiga anak yang diperoleh Awie. Keputusan itu membenarkan kedua-dua pihak mempunyai sama hak ke atas tiga anak hasil perkahwinan mereka itu. (rtky/syfq)