fbpx

Awie Harap Dapat Hak Untuk Penjagaan Anak Sulung

Setelah sekian lama berusaha mempertahankan hak penjagaan anak sulungnya, Awie berharap keputusan mahkamah berkaitan dengan hak penjagaan anak sulungnya, Putera Ahmad Merrah, akan berpihak kepadanya. Dalam masa yang sama, Awie berharap segala yang telah diusahakan oleh beliau selama ini terutama berkaitan dengan anak-anak akan membuahkan hasil.

BACA: Awie Anggap Nafkah Anak RM4,000 Mengarut

“Saya harap sesuatu yang baik berpihak pada saya selepas apa yang telah diusahakan dan perjuangkan selama ini bersama peguam saya. Saya juga harap saya tidak lagi teraniaya. Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini, apa yang saya cakap semuanya relevan dan sah tapi sering dipertikaikan pihak sebelah Rozana,” katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin menggantung keputusan kes tunjuk sebab berhubung kegagalan penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah membabitkan hak penjagaan sementara anak sulungnya yang sepatutnya berada bawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun serta pembayaran kos mahkamah masing-masing berjumlah RM900 dan RM5,000.

Dalam permohonan itu Awie kemungkinan akan berdepan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 sekiranya gagal memberikan tunjuk sebab. Sementara itu mahkamah turut memerintahkan penyanyi itu untuk memberikan tunjuk sebab bagi menjelaskan kegagalan beliau untuk membayar dua kos mahkamah yang berjumlah RM5,900 kepada Rozana.

Keputusan tersebut telah dibaca oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Nur’Azura Jamaluddin di dalam bilik pendaftar. Sementara itu, peguam yang mewakili Rozana Nor Azmi Arif, Nor Azmi Mohd Arif berkata, pihaknya kini menunggu keputusan tentang tiga perintah yang dilanggar oleh penyanyi rock itu pada 22 Oktober depan untuk semakan berkaitan yang dikemukakan. (rkty/w)