fbpx

Awie Dan Kumpulan Wings Mahu Bantu Yazit

Jika baru-baru ini Awie ada menyatakan pendapatnya mengenai sengketa antara Yazit dan Amy Search, kini melalui Harian Metro, Awie turut menyatakan bahawa dia dan kumpulan Wings berhasrat untuk memberi bantuan kepada Yazit.

BACA: “Amy Search Kena Fikir Soal Akhirat Juga”

“Sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit, kami terpanggil untuk membantunya. Apatah lagi, sekarang timbul konflik membabitkan dia dengan anggota Search. Bukan saja Wings, ada beberapa pelawak dan pelakon lain juga akan turut serta dalam program amal ini nanti”

“Mereka juga meluahkan rasa simpati dengan keadaan Yazit sekarang. Idea ini sudah lama difikirkan cuma masih belum dapat direalisasikan. Bukan apa, kami perlu memikirkan mekanisma dan idea terbaik bagi menjayakannya,” kata Awie.

Tambahnya, perancangan perlu dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan program yang dianjurkan tersebut dinilai sebagai syok sendiri pula selain untuk menjayakan perkara tersebut, ia membabitkan banyak pihak. (rtky/s)