fbpx

Awie Beri Keterangan Kepada Pihak Polis Bantu Siasatan

Minggu lalu, kecoh di internet apabila ada sekeping gambar tersebar didakwa sebagai isteri Awie yang mengalami kecederaan terus di wajahnya selepas dipukul seseorang. Ianya sekaligus meletakkan Awie dalam perhatian ekoran khabar angin sebelum ini.

BACA: Penyanyi Rock Terkenal Pukul Isteri Depan Bank Kerana Duit

Dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini, Awie mengakui yang beliau telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.

Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.

BACA: Gambar Wanita Didakwa Isteri Awie Dipukul Terus Tersebar

Awie yang turut ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, beliau masih belum melihat gambar tersebut.

“Jika benar gambar itu tersebar, saya sudah serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” tambahnya lagi ringkas. (rtky/m)