fbpx

Awal Ashaari & Scha al-Yahya Tidak Tahu Isu Digam Astro

Menerusi ruangan gosip Berita Harian hujung minggu lalu, ada khabar mengatakan yang pasangan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari kini berhadapan dengan tindakan digam oleh stesen penyiaran Astro selepas melanggar salah satu kontrak bersama mereka.

Awal Ashaari & Scha al-Yahya didakwa sudah beberapa bulan tidak muncul dalam program baru Astro selepas mereka dikatakan tidak melakukan kerja dengan sempurna ketika menjayakan satu program realiti melibatkan anak sulung mereka.

BACA: Awal Ashaari Berang Dengan Lambakan Pengiklan Di Akaun Instagram

“Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini”

“Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro,” jelas Awal Ashaari kepada portal GUA hari ini berkaitan dengan khabar angin tersebut.

Awal Ashaari & Scha al-Yahya Tidak Tahu Isu Digam Pihak Astro - ROTIKAYA

Beliau turut menambah yang cerita ini mungkin timbul kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kerja mereka suami isteri dan sedia berbincang dengan pihak Astro kerana isu digam satu perkara yang melibatkan rezeki seseorang artis itu. (rtky/m)