fbpx

Awal Ashaari Belum Rancang Tambah Anak

Tidak mudah goyah dengan sebarang kontroversi, Awal Ashaari menjelaskan bahawa dia dan juga Scha al-Yahya buat ketika ini belum merancang untuk menambah cahaya mata baru selain mahu memberikan sepenuh perhatian kepada Lara Alana.

BACA: Benar Isteri Pakai Seksi, Awal Ashaari Ditegur Peminat

“Perkara ini tidak ada kaitan sama ada ia pilihan saya atau isteri, tapi kami lebih kepada anak. Kalau boleh biarlah Lara dapat kasih sayang sepenuhnya sebelum dia mendapat adik baru. Pendek kata, kami hanya berserah kepada rezeki,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sementara itu, dalam masa yang sama, Awal juga menjelaskan ketika ini dia tidak mahu lagi mengejar populariti seperti di awal kemunculannya dahulu selain mahu memberi ruang kepada bakat-bakat baru untuk menonjolkan diri dan turut menerima hakikat tidak boleh sentiasa berada di aras lama.

“Cukuplah apa yang saya pernah lalui dulu. Biarlah orang lain pula rasa, terutama bakat-bakat baru. Saya perlu terima hakikat tak boleh berada di takuk lama. Jika mahu maju, perlu cari sesuatu yang bermanfaat dan mendatangkan hasil. Apatah lagi seperti saya yang sudah berkeluarga,” katanya. (rtky/s)