fbpx

Atikah Suhaime: Ia Tiada Kaitan Dengan Suami Orang

Terpalit dengan kontroversi tinggal sebumbung dengan teman lelaki baru-baru ini, pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime ini menjelaskan gosip itu antara salah satu gosip yang sukar diterima.

BACA: Atikah Suhaime Nafi Berduaan Dalam Rumah Dengan Kekasih

“Pada mulanya, saya marah apabila dikaitkan dengan gosip ini tetapi selepas difikir-fikirkan ia perkara kecil saja. Buat apa saya nak ambil hati dengan apa orang cakap kerana ia hanya gosip semata-mata. Lagipun, yang penting saya tidak ada kaitan dengan suami orang”

“Saya bercinta dengan lelaki biasa yang masih muda dan kami ada impian sendiri. Cuma, apabila gosip itu timbul, teman lelaki saya berasa janggal. Kasihan juga pada keluarganya (kekasih) kerana mereka tidak tahu-menahu pun”

“Macam ibu bapa saya, kedua-duanya sudah faham. Bahkan, keluarga saya juga tahu perkara sebenar dan mereka boleh terima dakwaan itu sebagai gosip yang lumrah dalam kehidupan selebriti,” jelasnya kepada Harian Metro sambil menyatakan gosip itu tidak memberi kesan kepada kerjayanya. (rtky/s)