fbpx

Atikah Suhaime Nafi Berduaan Dalam Rumah Dengan Kekasih

Sebelum ini Atikah Suhaime pernah dikaitkan dengan gosip bahawa dia sering berkunjung ke kediaman teman lelakinya yang terletak di Cyberjaya. Bagaimanapun pelakon ini menafikan perkara tersebut di samping menjelaskan perkara sebenar.

BACA: Atikah Suhaime Nafi Sering Datang Ke Kediaman Kekasih

“Biarlah orang nak bercakap apa pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Sebenarnya, saya pelik sebab kenapa saya pergi ke rumah kawan-kawan yang lain tetapi tidak ada pula timbul isu. Apabila saya ke rumah teman lelaki saya, nak jadikan isu”

Memang saya ada ke rumahnya malah saya ada muat naik gambar saya sedang memasak untuk berbuka puasa tetapi bukan hanya kami berdua sebaliknya kami berbuka puasa beramai-ramai bersama kawan lain,” katanya kepada Malaysian Digest.

Menurut Atikah, dia tidak kisah dengan tuduhan serta pandangan sesetengah pihak yang seolah sengaja mahu memperbesarkan perkara tersebut. Malah di sendiri mengakui tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. (rtky/s)