fbpx

Atikah Suhaime Fobia Dengan Kanak-Kanak?

Pelakon yang semakin meningkat naik kini, Atikah Suhaime memberitahu bahawa dia sebenarnya fobia dengan kanak-kanak disebabkan mempunyai pengalaman ditarik rambutnya semasa melawat tadika kanak-kanak di Singapura.

“Sangat fobia dengan kanak-kanak sebab pernah kena tarik rambut, baju di sekolah tadika semasa saya melawat kawan saya yang mengajar tadika di Singapura,” katanya semasa majlis perasmian Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s baru baru ini.

BACA: Atikah Suhaime Tak Risau Jika Digosipkan Dengan Hafreez Adam

Bagaimanapun, persepsinya berubah apabila telah datang ke Teratak Nur Barakah, Shah Alam untuk menjadi salah seorang selebriti atau duta Yeo’s Yeogurt kerana mendapati kanak-kanak di situ sangat berdisiplin dan teratur.

“Mula-mula persepsi saya mesti budak-budak kat sini nakal dan ternyata apabila sampai di sana terkejut dan terpegun sebab mereka disiplin, tak terpekik-pekikdan buat mereka banyak buat hal sendiri. Melihatkan mereka yang kesemuanya buat kerja sendiri seperti lipat baju dengan rapi dan agak berbeza sekali dengan kehidupan saya dan banyak perkara sebenarnya yang saya belajar daripada mereka,” tambahnya lagi.

Sebelum itu juga dia sangat berdebar apabila diberikan tawaran ini tetapi mahu mencubanya dan hasilnya amat positif sekali.

“Mula-mula sangat berdebar bila dapat tahu kena pergi rumah anak yatim. Pertama sekali saya tak tahu nak berinteraksi bagaimana dengan mereka semua tetapi mula-mula yang saya buat ialah saya senyum kepada mereka semua,” ujarnya. (rtky/h)