fbpx

Terima kasih kepada anda semua yang telah mencalonkan selebriti, program TV & filem kegemaran anda, Astro On The Go Fan Choice Awards kini sudah memasuki fasa undian terakhir untuk menentukan siapakah yang layak membawa pulang gelaran pilihan ramai ini.

Empat finalis untuk setiap kategori kini sudah diketahui dan ianya kini menjadi tanggungjawab (ya, seperti ianya wajib) untuk anda mula mengundi untuk pilihan kegemaran anda.

Phase 2 Voting image cover photo

Anda mempunyai enam undi untuk digunakan setiap minggu. Enam undi anda boleh digunakan untuk mana mana kategori (eg. Melayu) dan juga sub kategori (eg. Best Actor) namun anda hanya boleh mengundi satu calon sahaja untuk setiap sub kategori (eg. Aaron Aziz untuk Best Actor). Buatlah pilihan yang bijak!

Kesemua enam undian anda boleh dilakukan dengan sekaligus dan selepas anda selesai mengundi, undian anda akan dikunci dan tidak akan boleh diubah. Jadi, fikirkan sedalam dalamnya sebelum mengundi.

Phase 2 Voting image votes

Anda bukan sahaja mengundi untuk selebriti, program TV, sukan & filem kegemaran anda untuk membawa pulang gelaran di Astro On The Go Fan Choice Awards, malah anda sendiri boleh memenangi hadiah menarik dengan melibatkan diri dan mengundi.

Phase 2 Voting image prizes

Peminat dengan jumlah mata terkumpul yang terbanyak akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama berupa peranti popular iPhone 5S Gold dan juga berpeluang menghadiri ‘VIP Party’ pada acara Astro on the Go Live Explorer bersama selebriti-selebriti popular yang akan diadakan di Paradigm Mall.

Apa tunggu lagi? Jom!