fbpx

Ashton Kutcher Kini Raja Televisyen, Terima Hampir US$1 Juta Setiap Episod

Tuah menjadi seorang pak sanggup.

Oh tidak, kami bukan bercakap tentang hubungan Ashton Kutcher dengan Demi Moore.

Pelakon utama siri sitkom popular ‘Two and a Half Men’, Charlie Sheen telah di’gugurkan beberapa bulan lalu atas masalah disiplin & Ashton Kutcher tampil menawarkan diri sebagai pengganti.

Habuan’nya, gaji sebanyak US$700,000 untuk setiap episod yang tersiar di televisyen.

Namun para pengamat industri di Hollywood mensasarkan yang Ashton Kutcher sebenarnya peroleh hampir US$1 juta per episod.

Angka ini tidak mustahil kerana ketika Charlie Sheen memegang watak utama, beliau menerima US$1.25 juta untuk setiap episod & hampir US$2 juta selepas perkongsian keuntungan.

Angka tersebut meletakkan Ashton Kutcher sebaris dengan pelakon siri TV popular yang lain seperti Hugh Laurie (House MD).

Berminat untuk lihat Ashton Kutcher menyanyikan lagu Katty Perry ‘Teenage Dream’? Video selepas ini. Enjoice

http://www.youtube.com/watch?v=7UxmaqVtjv8