fbpx

Ashraf Muslim, Isteri Selamat Sambut Anak Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada barisan selebriti yang selamat menimang cahaya mata baru-baru ini. Jika Lisa Surihani, Yazer dan Ekin AF menyambut anak pada 15 September, isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 14 September lalu.

BACA: Isteri Kedua Ashraf Muslim Luah Perasaan

Ashraf Muslim, Isteri Selamat Sambut Anak Kedua - ROTIKAYA

“Alhamdulillah dan syukur pada Allah swt kerana pada tarikh 14 Sept 2015 jam 1 pagi. Lega hati ini bila Isteriku Sakinah berjaya melahirkan seorang baby boy yang sangat comel. Alhamdulillah ibu dan anak dalam keadaan sihat serta baik belaka”

“Terima kasih sangat-sangat pada Allah kerana kurniakan lagi ahli dalam keluarga Ashraf. Rasa sedih dan happy sangat-sangat bila kita dapat rasa Allah sentiasa bersama dgn kita. Terima kasih yang tak terhingga kepada isteriku Dayana kerana sentiasa bersama-sama kami and turn awak bulan Disember plak yer,” luah Ashraf di laman Instagram.

Nampaknya semakin meriahlah keluarga ini malah Instagram Ashraf juga tidak henti-henti menerima komen positif yang mendoakan keluarga ini akan terus beroleh bahagia. (rtky/s)