fbpx

Aril AF7 Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

Naib juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairul Azam Pilus, selamat menimang cahaya mata lelaki pada 24 November lalu. Isterinya, Puteri Edlinda telah melahirkan bayi sulung mereka tepat jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

BACA: Tragedi MH370 Tidak Halang Isteri Aril AF7 Untuk Teruskan Karier Pramugari

Aril AF7 Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama - ROTIKAYA

Isteri Aril dikhabarkan melahirkan anak pertama mereka secara normal dan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat. Apa yang lebih istimewa adalah tarikh kelahiran anaknya itu sama dengan hari jadi ibunya Normah serta arwah abangnya Izwan Pilus.

“Assalamualaikum, Terima Kasih pada Mu yang maha besar, Tuhan sekalian alam, Engkau maha pencipta, Engkau maha Penghapus, Engkau yang menghidupkan, Engkau yang mematikan. Anugerah dan amanah dariMu ini akan ku jaga dan sedaya upaya, biar tercabut nyawa sekalipun”

“Aku bermohon padaMu Ya Allah, agar anak ini menjadi anak yang soleh dan anak yang berbakti pada ibu dan bapa. Amin,” kata Aril penuh syukur dipetik daripada laman Instagram. Semoga keluarga ini akan terus bahagia dan sentiasa dilimpahi rezeki melimpah ruah. (rtky/s)