Oleh RotiKaya Staff pada
21 December 2011, 2:12AM

Akhir’nya tuan badan berikan satu kenyataan media, tetapi bukan melalui media tempatan.

Ariff Alfian Rosli yang menjadi satu nama panas sejak seminggu yang lalu memberikan kenyataan beliau tentang isu perkahwinan gay kepada Irish Times.

Berkata kepada wartawan hari ini, Ariff Alfian Rosli berkata beliau sebenarnya tidak hilang & pihak berwajib Ireland tahu di’mana tempat tinggal beliau selama ini.

“Saya mempunyai perselisihan pendapat dengan ayah sekitar 2009 dan ayah melaporkan kehilangan saya. Sejak itu saya jarang berhubung dengan ayah tetapi sering menghubungi ahli keluarga lain seperti biasa,” ujar Ariff Alfian Rosli.

Berkaitan pegangan agama beliau, Ariff Alfian Rosli menegaskan yang khabar angin mengatakan beliau kini bukan beragama Islam adalah tidak benar sama sekali dan ini ujar beliau.

“Saya tidak tukar agama, bukan seperti apa yang di’laporkan. Saya lahir sebagai seorang muslim, kini masih seorang muslim & akan mati sebagai seorang muslim. Tidak akan ada apa yang akan merubah kepercayaan saya”

Namun, pemuda berusia 28 tahun ini enggan mengulas lanjut sama ada beliau terlibat dengan hubungan seks sejenis atau tidak kerana menganggap isu homoseksual masih sesuatu yang taboo di Malaysia.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...