fbpx

Arif Dollah Ditahan Ekoran Kes Penderaan Seksual

Berita Harian Singapura hari ini melaporkan yang bekas pengurus penyanyi remaja Tegar Septian iaitu Arif Dollah telah ditahan oleh pihak berkuasa Singapura susulan laporan penderaan seksual yang dilakukan terhadap artis dari Indonesia itu.

Penangkapan itu telah disahkan oleh pihak polis selepas mereka menerima dua laporan pada 25 Februari dan siasatan terhadap Arif Dollah telah dimulakan oleh pihak polis Singapura.

BACA: “Bekas Pengurus Tegar Paksa Saya Lakukan Seks Oral” – Artis Singapura

Tegar juga dilaporkan telah membuat laporan kepada badan yang melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) terhadap penderaan seksual yang diterima dari bekas pengurusnya itu.

Arif Dollah dalam kenyataan kepada media sebelum ini menafikan semua dakwaan Tegar dan juga seorang artis Singaura yang dilakukan ke atasnya. (rtky/m)

Sedang dikemaskini…