fbpx

“Apa Pun Saya Buat Mesti Ada Yang Kecam”

Sudah lali berhadapan dengan kontroversi panas melibatkan dirinya, Uqasha Senrose enggan mengambil pusing lagi dengan apa yang dikatakan orang ramai terhadapnya di laman sosial. Tetapi pada masa yang sama, Uqasha juga hairan dengan sikap peminat yang sering mencari salahnya dan menjadikannya sasaran untuk dikutuk.

BACA: “Saya Terkejut Ramai Marah Kerana Pegang Tangan Dia”

“Apa sahaja saya buat mesti ada yang kecam jadi, sekarang hanya urusan kerja akan dikongsi. Kalau peribadi, maaf saya rasa lebih baik saya diam.? Banyak kali berhadapan kecaman, saya rasa sudah cukup lali. Sampai satu tahap, saya sudah tidak kisah lagi apa pun orang cakap”

“Saya akui memang agak tertekan. Kita manusia biasa, apabila dikecam mesti hati akan terasa. Cuma, saya tak ambil pusing dah. Ketika itu, Shah hanya membantu saya berjalan kerana kasut yang dipakai terlalu tinggi. Lagipun, saya dan dia sudah lama berkenalan dan isterinya juga saya kenal,” jelasnya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.

Baru-baru ini nama Uqasha sekali lagi menjadi bualan ramai apabila sekeping gambar menunjukkan beliau dan Shah Iskandar berpegangan tangan. Apa yang lebih panas lagi adalah status Shah sebagai suami orang serta alasan yang diberikan mereka, berpegangan tangan seperti adik-beradik seolah menaikkan lagi kemarahan peminat.

Namun bagi Uqasha, isu terbabit tidak seharusnya timbul kerana hubungannya yang baik dengan Shah. Mungkin peminat mengecam bukan sekadar melihat gambar itu sahaja, tetapi mengikuti perkembangan pelakon ini yang kelihatan mesra seperti kekasih. Apapun fikir positif sahaja! (rtky/w)