fbpx

“Apa Pun Jadi, Kami Tetap Kawan” – Neelofa

Ketika ini sedang bertiup kencang mengenai drama terbaru Michael Ang sepatutnya menggandingkan semula Neelofa dan juga Fattah Amin, bagaimanapun akhirnya perkara tersebut tidak menjadi kenyataan. Berikutan itu, ia membuatkan peminat tertanya tanya apakah kesudahan kisah di antara dua insan ini.

BACA: Neelofa Tidak Setuju Cara Sharnaaz Ahmad

Namun menerusi satu muatnaik status di Twitter, Neelofa bagaikan memberi bayangan tentang status hubungan mereka. Mungkin ada yang kisah atau mungkin ada yang annoying dengan kisah mereka yang tidak habis habis di laman sosial tetapi realitinya anda sedang membaca Rotikaya – gosip selebriti tanah air di hujung jari anda.

Berkenaan dengan muatnaik status di Twitter tersebut, pelbagai reaksi yang dinyatakan oleh peminat dan juga pengguna laman sosial yang lain. Jika difikirkan, Neelofa hanya menjawab soalan yang sama kepada peminat. Peminat sekalian, jangan taksub sangat please.

Apa pun, kisah Neelofa dan Fattah ini merupakan satu berita penting kerana mungkin juga akan ada kejutan oleh mereka pada masa hadapan, manalah kita tahu, bukan? Buat Fattah Amin, ini bukan wanita terakhir buat anda. Bangunlah menuju kejayaan. (rtky/s)