fbpx

Anzalna Nasir Rahsiakan Tarikh Nikah, Sibuk Buat Persiapan

Mengakui bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya, Hanif Zaki, tidak lama lagi, Anzalna Nasir dalam masa yang sama menjelaskan dia kini sedang giat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya yang bakal diadakan nanti.

BACA: Anzalna Nasir Tak Kisah Kena Berlakon Bersama Suami Orang

“Saya kini sedang dalam proses melakukan persediaan untuk menamatkan zaman bujang. Saya lakukan satu persatu. Saya sudah mempunyai kereta dan rumah sendiri, kalau boleh biar semuanya lengkap. Saya melakukan persiapan perkahwinan ini pun secara perlahan-lahan”

“Untuk tarikh nikah, biar saya kunci mulut dahulu,” ujar Anzalna kepada Murai. Selain itu, Anzalna menjelaskan bahawa sebarang perkara yang berlaku di majlis itu nanti, dia akan mendahulukan permintaan ibu bapanya.

Semoga majlis perkahwinan yang akan berlangsung nanti akan berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan menjelang hari persandigan nanti. Pastinya peminat Anzalna akan turut sama berkongsi rasa gembira. (rtky/s)