fbpx

Anugerah Skrin 2013 Angkat Tema Kaca, Realiti Hidup

Musim anugerah kembali lagi. Selepas Shout! Awards 2013 tamat minggu lalu, kini tiba giliran Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) untuk mencipta kehangatan — dan ya, untuk menghargai usaha dan kerja kerasa anak seni sepanjang tahun.

Untuk muncul dengan identiti sendiri dan mencipta kelainan, Anugerah Skrin 2013 mengangkat tema glass atau kaca sebagai konsep bagi penganjurannya yang sudah masuk edisi ke 15. Konsep ini dipilih sebagai simbolik di mana drama & filem merupakan refleksi kisah sebenar manusia.

Anugerah Skrin 2013 kali ini akan menampilkan Nad Zainal buat pertama kali sebagai pengacara majlis digandingkan dengan dua veteran bidang pengacaraan Awal Ashaari & Faizal Ismail.

BACA: Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013

Manakala Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly bakal mengendalikan acara karpet merah bersama dua pemenang dari pertandingan Pantene Star Search. Anugerah Skrin 2013 akan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam pada 29 November ini.

Sebagai pemanas badan, berikut merupakan fesyen selebriti yang hadir ke majlis sidang media Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung semalam di Kuala Lumpur. Enjoice!