fbpx

Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Yuna Tarik Diri Di Saat Akhir?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27), ada satu berita yang kurang enak untuk di’dengar para peminat dunia hiburan.

Ketika entri ini di’tulis, Yuna yang layak ke pentas akhir pertandingan lagu tersebut masih berada di Amerika Syarikat dan khabarnya telah nekad untuk menarik diri daripada pertandingan.

Yuna layak ke Anugerah Juara Lagu ke 27 dengan lagu ciptaan beliau sepenuhnya, Terukir Di Bintang — dan jika benar Yuna tidak akan hadir Ahad ini, siapakah yang layak untuk sebagai ganti?

UPDATE-1: Laporan berita Harian Metro menyebut yang Yuna sah menarik diri daripada persaingan akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 kerana terikat dengan jadual rakaman album baru di Los Angeles.

UPDATE-2: Laporan terbaru Berita Harian menyebut yang Yuna bakal memberikan kata putus akan siapakah pengganti beliau di malam Anugerah Juara Lagu ke 27 nanti pada hari ini (4 Jan) atau selewat lewatnya Jumaat.